:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Isnin, 2 Mei 2011

:: seminggu yang penuh dengan kejutan dan kesedihan ::

assalamualaikum ....

jumpe lagi kita kat sini kan cik belOg ? kesibukan tetap menyelubungi cik aiyOo ... sibuk mengurus rumah tangga .. walaupun cik aiyOo belum berumah tangga dan rumah pun tak bertangga ! HAHA ! ( sempat lagi gelakk kan ? haishh ! ;p ) ... biasalahh .. subuh selepas solat , cik aiyOo masak ... buat sarapan dan masak untuk tengahari sekali ... yelah .. nanti tengahari masa lunch hour , cik aiyOo tinggal panaskan je lauk dalam kuali tuh dan bagi kedua orang tua cik aiyOo makan tengahari .. =) bijak kan ? heheh !

cik belog tahu kan ? abah cik aiyOo dah keluar dari wad hospital klang ... petang hari isnin lepas ? sebenarnya cik aiyOo tak berapa reti nak sediakan makanan untuk orang sakit kencing manis nih ... untuk orang sakit minor strok nih , dalam perkiraan cik aiyOo , apa jenis makanan pun boleh dimakan ... tak ada pantang sangat... tapi kurangkan pedas dan  masin ... bOnda tak makan yang pedas-pedas ... masin sangat pun tak boleh ... sebab bOnda ada darah tinggi ... huhuh ... tapi kencing manis belum ada pengalaman lagi ... sedang cik aiyOo men'survey' , mencari maklumat dari pakcik gOogle ... pasal pemakanan penghidap kencing manis ... satu kejadian tak diingini berlaku ...

cik aiyOo rasa bersalah jugak atas kejadian tuh ... sebab cik aiyOo yang bertanggung jawab menjaga makan minum abah dan bOnda ... tapi benda nak jadi , terjadi jugak ...

khamis , 28 April ... satu kejadian yang menggemparkan seluruh keluarga terdekat , dan sahabat-sahabat abah datang mengerumuni rumah cik aiyOo ... sebab ada ambulans kat laman ...

ceritanya bergini ... 12 tengahari , bos cik aiyOo ( Tn Hj Thazali namanya , bos persatuan nelayan kuala selangor ) call , cakap nak datang melawat abah kat rumah , bersama rakan-rakan pejabat yang lain ... ( abah ketua komuniti nelayan kawasan sg buloh ... pernah menjawat jawatan ahli lembaga pengarah selama beberapa tahun . dan aktif mengikuti program yang dianjurkan persatuan . itu sebab abah dikenali ) kebetulan kekanda 3 kerja shift malam , pukul 12 belum bangun lagi ... bos datang rumah , tak ada orang bukak pintu ... bos pun jemput dekat office , untuk bukakan pintu ... HAHA ! ( kat sini boleh gelak lagi ) ...

sampai-sampai kat rumah , gerak abah ... tak bangun-bangun ... kejut , tukarkan pakaian , lap dengan air mandi ... tak jugak sedar-sedar ... cik aiyOo dengan kekanda 3 dah menangis-nangis tak tentu hala di buatnya ... yelahh ... dekat sejam gerak , tak bangun-tak sedar-tak jaga-jaga ... gila tak risau ? bos dan rakan-rakan office yang lain ushakan buat air gula ... tepuk dada ... dan last sekali , diaorang call ambulans ...

sementara tunggu ambulans sampai , bagi juga air gula .. suap dia ... rakan office ( kak wati akauntan ) cakap mungkin abah kena 'hippo' ... dan itu jugak la yang nurse tuh bagitau dekat cik aiyOo ... kebetulan , nurse tuh senior cik aiyOo masa dekat SMKST dulu ... kak kasha ... nasib dia kenal lagi dekat cik aiyOo ... huhuh ... "yang kawan dengan dian tuh kan ?"

selepas di suntik apentahnameubattuh , abah diberi sebotol air gula melalui tangan ... selepas dapat air gula , baru abah sedarkan diri ... huaaa ! syukur tak terhingga ! abah dibawak ke klinik jeram ( ambulans dari jeram ) , tak lama lepas tu doktor suruh hantar hospital tanjung karang ...

duduklah semula abah dekat hospital ... bosan katanya ... nak balik ... huhuh ... makanan tak sedap ... kami adik beradik cakap , "abah sihat nanti , cakap je abah nak makan apa ... kita pergi aroma ( salah satu retoran ikan bakar popular kat jeram ) , abahkan suka makanan laut ... " - ayat memujuk namenya tuh !

sepanjang 5 hari abah dekat hospital tanjung karang ... cik aiyOo 2 kali tidur dekat hospital ... pagi tadi pergi kerja dari tanjong karang lah ... heheh ! pengalaman mengajar kita !

abah disahkan hippo ... kekurangan gula dalam darah ... kita nih hidup sebenarnya, tak boleh terlebih gula ... kalau terlebih jadilah kencing manis ... terkurang pun tak boleh ...  kalau terkurang jadilah hippo ... barulah cik aiyOo tahu ... tanda-tanda hippo pulak , menggigil , sejuk tapi badan berpeluh-peluh ... haaa .. itu yang cik aiyOo perasan lah ...

alhamdulillahh ... hari ini 02 Mei 2011 , abah dah selamat sampai kat rumah lebih kurang pukul 4 petang tadi ... alhamdulillahh ...

cik belog jaga diri yaa .. jangan makan yang terlalu manis banyak sangat ... jangan makan pedas-pedas sangat ... tahuu ... ingattttt ! hehehe ! okehh dah nak pukul enam ! tak sabar nak balik !

huarghhh .. penat menaip ! panjang lebar ! hehehe !

as salam ! =)

2 ulasan: