:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Sabtu, 7 April 2012

" Okey lah , Salah Sorang Antara Bertiga Tuh Jodoh Engkau ! "

Assalamualaikum cik belog !

haiii ! hari nih mood tersangatlah happy ! mood happy tak bermaksud tak ada duka dihati ... tak bermaksud aku dah berhenti mengalirkan air mata nih setiap malam ... huuhu !

bila rindu bertandang , confirm .... meleleh jek la air mata nih ... macam hujaannn lebat kayaknya yaa ! huuuu ! T_T

okey lah ! berbalik kepada tajuk entry aku kali nih ... huuu ! agak agaknye lah kan ? siapalah yang sedap sedap mulut , sedap sedap rasa jek berani berkata sedemikian ayat !? agaga !!!

" Okeylah , salah seorang antara bertiga tuh jodoh engkau ! "

haaa ! ayat tak menahan dari kekanda 3 ! kemain galak aku gelak terbahak bahak ! gilaaa ! ada ke cakap macam tuh ! huhukk !!!

okeh ! aku tau , mesti cik belog terpinga pinga fikir ... ape laa .. yang aku duk berpotpetpotpet mengarut tak tentu hala nih kan ? ceritanya begini :-

ada suatu hari di hari ahad ! hihikk ! <---- main main kan ??

hari ahad lepas , budak budak kelas aku masa skolah dekat seri tanjung dulu , datang rumah ! biasa lah , aku kan rapat dengan semua budak budak kelas aku ! huhuk ! diorang datang dengan niat nak melawat bonda dengan ayahda aku ... kalau ada niat lain tuh aku tidak tahulah kan ???

masa diaorang call lagi , kekanda kekanda aku dah mula sibuk tanya , siapa , kenapa ... bilaa ... haha ! macam macam la duk sibuk tanya itu ini ... aku pulak macam tak senang duduk dengan soalan cepu cemas dari dorang dorang semua tuh ! aishhh ! =.="

aku cakap dengan jujur laa ... kawan aku yang raimi tuh dapat tau yang bonda sakit , dan dia ada berniat nak datang melawat ... jenguk bonda dan ayahda bila ada masa terluang ... hohoo ! tak sangka pulak , semalam dia cakap , hari nih betul betul kata nak datang rumah ! hoho !

so , dia ( raimi ) datang dengan bopren tak jadi aku masa sekolah dulu ... pejul ! hihiks ! ( dulu masa bodoh bodoh , tak nak terima dia dulu ... bodoh , mana nak tau erti cinta masa sekolah dulu ... sekarangg ! melepas laa weyhh ! dah hensemmm sekarang ... dah naik hondaaa lagi weyh ! merah lagi ! waaaaa !! ='( hihikss ! gataiii benor !!! bace dek dia nih , buat malu kaum jek ! kukui3 ! ) dan jugak atim ....

datang borak borak , hidang pape yang patut ... borak pung pang pung pang ... ade jugak dia orang borak pasal incik mimpi aku ( ??? aku punye ke ? kekeke ! ) kah3 ! putih kulit terpelihara sebab kerja tak kena panas macam diaorang ! kukui3 ! rezki masing masing .. aku , walaupun kerja dalam bangunan ... kerja ada penghawa dingin bagai ... hitaaammmm jugak ! keh3 ! mane mencelahnye nak putih mutih macam susu pun ? kukui3 !!!

okeh , melalut aku memang suka ! hihikss ! so dah beransur malam , diaorang pun mintak undurkan diri ... nak jalan jauh katenyee ! jauh lahh sangat ! padahal sorang nak balik damansara , sorang nak balik subang jek pun ! masih dalam selangor kot ! kekeke !

aku menghantar diaorang masuk dalam perut kereta ! perghh ! sedikit teruja tengok kereta si pejul ! smart siottt ! huhukkss ! sudah tukar sport rim ! huhuks ! masyukkk !

masuk jek rumah , kekanda 3 bersuara .... ,

" eh , pakwe aiyoo datang rumah ... " --- berkata beliau dengan selamber badaknya ....

" mencelahnya pakwe ! classmate aku la gileee !!! " --- dalam nada sedikit marah tapi tersengih sengih macam kerang busuk !

" yek lah tuh ... tak kan laa ... ingat senang ke ' kawan je ' nak datang melawat mak bapak kawan ? lelaki pulak tuh ! kalau perempuan lain la cerita ! " --- kekanda 3 dalam usaha nak memerangkap dan menyerkap jarang aku dalam persoalan yang dibentang ...

" classmate la gile , hari tuh aku ada cakap mak sakit , si raimi tuh dari damansara ... kan ke tadi diaorang dari kenduri shahrin , terus lepak tengok wayang sume ... " aku dalam usaha membela diri dan menegakkan benang yang tak basah ... ( benang yang kering pun ingat senang ke nak tegak kan ? tak percaya cuba try tengok ! ;p )

" yek la tuh ... okeh la ... macam nih ... salah sorang antara diaorang bertiga tuh , jodoh engkau ! " kekanda 3 berkata dengan selamba badak yang buta pekak tuli ! keh3 !!!

" suke sukeee jekkk !!! -- dalam hati berkata ... abis tuh nuzul nak taruk mana ?? dalam hati jek lalu nak berkata kata ! kukui3 !


agagaga ! terkesan jugaklah dalam hati aku nih dengan kata kata si kekanda 3 ! huhuuu ! tapi sikit pun aku tak mengharapkan jodoh aku dengan diaorang ! kukui3 !

=.='' ape pun tak boleh la kekanda 3 nih ! huhhhuuu !!!




Seseorang ...

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.


Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian...

Jumaat, 6 April 2012

Sembilan Bulan ! Genap !!!

Assalamualaikum cik belog !

weeehuuu ! jumpe lagi kita di episod kali ini !!! yaa seperti biasa ... aku kelewatan untuk meng-hapdate-kan cerita cerita bosan aku kat sini ! hoho !

harap maaf , mohon cik belog tak menyampah kat aku ... kukui3 !!!

hari  nih aku nak bercerita tentang kegenapanyang telah sembilan ( 9 ) bulan berlaku keatas diri aku ! wahhh ! penggenapan sembilan bulan ! macam aku dah sembilan bulan mengandung ... mengendong baby dalam perut jek lagak , gaya nya kan ? huhuksss !

takkk laaa !

semuanya berkisar tentang diri aku ... diri aku yang comot ... lagi hina ... yang telah ditinggalkan oleh kekasih hati yang teramat amat disayangi tuh ! hOhOo ! sadis bunyiknya kan ?

sembilan bulan tanpa kekasih hati babe ! laamaaaa jugak yaa aku bertahan menyandang title single tuh ! huhu ! apa nak buat ... kita muka tak lawa , tak comey .. tak cun dan jugak tak cantik bergaya ! huhukss ! jadiknya ... tak adalah lah yang sudi nak jadikan saya peneman ,... hOhOo ...

menjalani hidup seorang diri tanpa kekasih , bukanlah seriang ria seperti mereka mereka yang kat luar sana kata ... hooo ! seronok beronok ronok lah katanya ... best lahh ... mana ada best ... lagi lagi kes macam aku ... kes yang ditinggalkan kekasih hati sehelai sepinggang setelah habisss kasih sayang aku curahkan sepenuhnya pada nya ... ( aku rasa ayat aku dah berbaur berbelit belit ! ahaga ! ) sadiss owhh ! sunyi sepi hidup ! enam tahun aku bergantung hidup dengan dia ! apa apa aku akan refer dekat dia ... nak beli kereta , nak beli topup ... bahkan , kadang kadang nak beli pad ( tuala wanita ) pun aku cakap dengan dia !

ayat contoh :
aku -- " abang , ayang nak keluar kejap , pergi kedai .. "
dia -- " iye ?? buat apa nak pergi kedai ? "
aku -- " nak pergi beli pad ! "
dia -- " owhhh ... "

* owkeh , itu ayat contoh jek , jangan lakukan ini tanpa pengawasan orang dewasa ! ;p *

lagi satu , aku nak pergi mana mana mesti aku buat report dengan dia ! wajib*** !!! sebab dah terbiasa ! 3 bulan pertama ditinggalkan , aku masih menghantar report card aku pada dia ... masih menghantar walau tahu ia tidak lagi memberikan kesan pada si dia ... masih lagi menghantar walau tahu nombor talifon si dia tuh dah tak ada dalam perkhidmatan ! ( wahhh ! gila taham meroyan aku nih kan ??  huhuksss ! )

yek laa ! selama nie sepenuh kesetiaan , tumpuan aku pada dia sorang jek ... mana ada masa nak menggatal gatai main main mata usha mat mat rempit ke ... usha mat mat keta kee ! tumpuan tuh pada dia sorang jek laa ! tak reti dah nak kena kena ngorat bagai ! memang tak ku layannnn ! kukuii3 !!! dan ... malang nya tabiat tuh aku bawak dan terbawak bawak sampai ke hari ini ... kau mengoratlah aku macamana punnn ... kalau aku tak kenal ko ... memang takkkk lah aku nak layan ... ko buat lah ala ala salah nombor ! memang tak layan ! agaga ! ( tapi kalau kat mka buku lain pulak aku nih .. rajin melayan ! keh3 ! -- suka suka -- )

okeh , berbalik kepada sembilan usia aku ditinggalkan ... hurrmmm ! agak agak bila aku nak dapat bopren nih yee ! ( bunyik ala ala terdesak bebenor nak berlaki ! keh4 ! )

hahah ! hari ini , aku semakin kuat dan gagah untuk menerima realiti kehidupan yang tak selalunya indah tuh ... hidup ini kadang kadang kena menangis , dan perlu kerap ketawa untuk menikmati kehidupan yang sebenar ! hidup nih bukan hanya ada keriangan semata ! huhuksss !

hari ini aku semakin ceria , walaupun pada zahirnya saja ... dalaman aku masih menderita ...

hari ini , aku masih lagi mengunci mulut aku untuk bercerita lebih lanjut dengan kekanda kekanda aku dan jugak family tercinta ! masih kejap kaku , berat mulut ini menyingkap kenangan pahit ditinggalkan kekasih ! hOhOooooo !!!

hari ini , aku masih sendiri lewati hidup yang semakin mencabar ! aku masih mencari cari erti sebenar kehidupan ...

hari ini , walau mulut kata benci , aku masih menyintai dan jugak merindui si dia dengan sedalam dalamnya !

hari ini , aku masih lagi memarahi anak anak saudara aku , jika mereka menyebut  " JUM " ( nama timangan mereka untuk si dia ! ) aku akan mencubit dengan marah sebab aku tak nak mengungkit dan nama si dia terungkit dalam rumah aku lagi ! hoho ! zalimkah aku ?

dan akhir sekali untuk hari ini ....

hari ini .......................












hari ini .....










hariii iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ....

hati aku masih terkunci untuk menerima sesiapa duduk bertahta dalam hati aku menggantikan si dia ...

walaupuuuunnnnnnnn .... sebenarnyaaaaaa .....














hatiku , bukan milikku lagi ... hatiku telah diculikkkkk ! huaaaaa ! macamana nih ? ayat dah macam kap lam ya nga ! kukui3 !!!





seseorang telah mencurik hati aku ! huhuuuu !!!!

sekian ,
wassalam !
adios amigos !
astalavista bebehhhh !!!!

Isnin, 2 April 2012

Menangis Lagi ? Haruskah ???

Assalamualaikum cik belog !!!

dengan lafaz bimillahirohmanirrohim !!! aku mula kan bicara aku hari ni ... hati aku agak berbunga riang jugaklah hari nih ! tapi tiba tiba bunga bunga riang tuh hilang bila aku dapat satu panggilan tengahari tadi ! hilang semua bunga bunga riang , timbul pula bunga bunga syahdu !

Mak si dia call lagi buat kesekian kalinya ! Allahuakhbar ! rasa sedih ... sayu hati aku nih ! nak bertanya khabar katanya ... Pakcik ( aku panggil abah bila dengan si dia dulu ) bersuara serak serak macam sedih ... mungkin rindukan aku mungkin ...

ehmmm ! lebatnya air mata aku tika ini , sama seperti lebatnya hujan kat luar sana ! hujan lebat !!! mencurah curah ! sObss !!!

sadisnye perasaana aku sekarang nih !

nak tahu tak apa yang mak si dia tanyakan kat aku ?? ------

dia tanya , aku dah kahwin ke ? ------------------------------- > ????

perlu ke aku rasa soalan nih dia tanya aku ? macam tak perlu pulak ! bukan dia tak tahu hati aku nih hanya untuk anak dia seorang ! belum terisi dengan yang lain ! tak ada yang lain mengisi kekosongan hati nih ! ----- > siapalah aku nih , yang layak untuk merasa nikmatnya cinta tuh ? layakkah aku ?? aku rasa aku tak layak langsung ! tak ada sesiapa pun yang sudi ...

sudahnya , aku putuskan untuk tidak jatuh cinta lagi ! padahal , aku baru jek jatuh cinta dengan seseorang ... rasa tak sabar nak tunggu dia online muka buku ! rasa teruja bila dia chat dengan aku ... rasa riang sangat bila dia bagi aku pesanan ringkas !

dan paling asyikknya , bila dia ajak aku pergi kenduri kahwin ... aku rasa tak sabar nak pergi kenduri kahwin hujung minggu nih dengan dia ! tak sabar tahu ! aku tak sabar ! tapi .... aku rasa aku dah tersalah langkah sebab aku dah terjatuh cinta pada yang tak sudi ! hurmmm ! sangat sedih oke ! jadi aku rasa , ada baiknya aku lupakan hasrat aku untuk pergi wedding tuh bersama dia ! aku siksa jiwa aku sebenarnya kalau aku pergi jugak dengan dia ! dan untuk itu jugak , aku sedaya upaya membuang segala rasa tentang dia dalam hati nie ! semua !

AKU TAK LAYAK UNTUK DICINTAI DAN MENCINTAI ! 


NOKTAH !


jawapan aku pada mak si dia , siapalah hawa nih makcik .... bersuara lirih dan sendu !!! dan dia juagk bertanyakan aku samada aku dah ada pengganti ...

jawapannya tetap sama makcik ! hawa tak ada sesiapa ... dalam hati hawa nih kosong ... tak ada sesiapa pun yang sudi nak isi ! ( dengan mak si dia , tidaklah begini jawapan aku ! huhuh ! T_T )


bila aku bercerita dengan mereka mereka yang menjadik kesayangan aku , semua mak si dia nak masuk meminang sebab tanya macam tuh ! macam nak hantar rombongan meminang senyap3 ! macam merisik pun ade ! wahaha ! ( tergelak besar aku !!! ) tapi hati kecik aku nih rasa ... tak mungkin , kemungkinan itu berlaku ! tak mungkin dia nak jilat balik ludah yang dah dia ludah tuh ? dan takkan mungkin dia nak tinggalkan kekasih hati dia tuhh ? ataupun ditinggalkan kekasih hati dia yang konon suka sama suka bagai nak rak tuh ??

owhhh ! sangat aku tak percayakan itu !!! hahhh ! haaahhh !

sekian ... aku tak mengharap apa apa yang berlaku .... sungguh aku rasa tak mungkin aku nak berbaik dengan dia walau aku tersangat rindukan dia ! tak reti aku la weyh ! huhukkk !!

baiklah , sebelum aku mengamok dengan lebih agresif lagi , baiklah aku mengundukan diri dari sini cik belog ! karang , tak memasal ... cik belog pulak yang terasa kena semburan api kemarahan aku nih ! agaga !

baiklahhh ... aku hanya berserah padaMu Ya Allah , segala yang kau tentukan adalah yang terbaik buatku ! sesungguhnya , kaulah yang menentukan segalanya , dan aku hanya mampu merancang ...






p/s : ceritera sedih yang terjadik nih berlaku pada hari rabu 28 Mac 2012 sekitar pukul 12 nak ke pukul 1 tengahari ! maaf kerana menunda tarikh penyiaran atas sebab sebab tertentu ! harap maklum !

p/s/s : karangan (?) nih aku dah taip sejurus selepas kejadian tersebut berlaku keatas diri aku nih ! tapi ... aku tak reti nak mengabiskan ayat yang terakhir tuh ! huhukkk ! maaf cik belog ! ampun dipinta , hamba menyusun 10 jari nih ! T_T

p/s/s/s : akhirnya aku tak dapat jugak melarikan diri pergi kenduri kahwin dengan si dia yang selalu masuk dalam mimpi aku tuh ! agaga ! siap pergi karaoke sesame lagi ! siap bayor hutang cendol lagi ! agaga ! siap jadik udang lagi tunggu aku lama lama ! agaga ! nasib tunggu aku kat petronas ... kalau tunggu kat rumah ?? pengsan aku nak menjawab dengan semua ! huhuuu ! T_T im happy with that memori ! walau sekejap ! hihikkk !