:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Sabtu, 17 Disember 2011

Kemalasan Melanda !

Assalamualaikum !

aku nih teringin dan tersangat-sangat laaa nak membuat entry baru ... nak hapdate blog dengan kisah kejadian yang terjadi dalam hidup aku seminggu dua nih !

tapi kerajinan aku tak berada ditahap yang membanggakan ! kemalasan aku mengatasi dan berjaya mengalahkan kerajinan aku !

weyyyhhh ! cik belog ! banyak sangat cerita nak cerita kat cik belog ! gila tak hengat punya banyak punye la ! kekeke ! tapi aku terrrsangat malass !

kemanakah agaknya semua sifat-sifat kerajinan yang ada dalam diri aku nih ? kenapa hanya ada caj-caj negetif jek nih !

huargghhh !

hari tuh aku ada janji nak taip entry pasal impian perkahwinan aku yang aku tulis dalam diari tuh ... tapiii malasss ! dan aku nak berkongsi kegembiraan aku yang dah berjaya mendapatkan kelulusan dan penggiktirafan ( ceh ! pengiktirafan ke ayat yang sesuai ! kui4 ! poyos gile tak hengat ! ;p ) dari pegawai jpj yang menguji tahap kecekapan aku memandu kereta ! keh3 ! poyooo jek aku ! ayat gile babeng punye poyoss ! kekek !

nantilahhh !  bila mood dah adaa ... dan sang kerajinan dah datang memasuki dan meresap dalam badan aku nih , aku update entry baru okeh cik belog ! heheh !

p/s : esok , mak nak kena masuk wad dekat hukm ... sebab nak buat pembedahan kecil kat perut ... nak buat lubang untuk masukkan tiub saluran makanan ! kalau diizinkan Allah , dan tahap kesihatan mak memuaskan , lepas bedah nanti boleh la mak makan bubur ! dah tak ada la nak bergantung dengan susu semata-mata ! insyaallah ! semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati Allah ! =)

bye !

salam ! =)

Khamis, 15 Disember 2011

Doa Untuk Muslimin Yang Bakal Menjadi Suamiku Kelak !

Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekehilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU