:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Rabu, 7 Mac 2012

8 Bulan Yang Suram !

Assalamualaikum cik belog !

hari nih aku sengaja jumpa cik belog petang petang nak senja nih ! hik3 !!!

hik3 ??!! -- sebenarnya aku dalam mood kesedihan nih cik belog ! biasalah masalah jiwa yang tak berkesudahan !

tahu tak cik belog ! 2 hari lepas adelah genap usia aku ditinggalkan selama 8 bulan ? huk3 ! almost 1 year kan ? huk3 !

sObss sOobsssss !!!

sedih ! hari hari menangis ! aku sunyi tak ada kawan ... tak ada teman nak diajak borak sangat ! nampak macam happy , tapi sebenarnya aku sengaja menghappykan diri ! aku sunyiiii ! sepiii !!!

tambah tambah pulak bila sorang sorang duduk tempat sunyi ... memang mengalir air mata nih ... nak tambah laju air mata nih turun , pasang la lagu lagu jiwang tahap gaban ! haaa ! memang susa la nak berenti !

sekarang nih asyik rindukan dia ! tak tahu kenapa ! aku rindu dia ! tak tahu kenapa dia yang aku rindukan sedangkan dia dah hancurkan perasaan dan hati aku ! tak paham aku !

aku dah cuba cari kawan lain ... dah cuba untuk cari pengganti dia ! tapi aku tak reti ! aku tak tahu mana nak cari ! aku tak ramai kawan !

yang aku ada dalam hidup aku , adalah aku ! aku jugak selepas aku ! =( adik beradik aku ada kehidupan masing masing ... tak sentiasa ada bila aku perlukan diaorang ... kawan kawan aku pulak ramai yang dah kahwin ! sentiasa jugak tak ada masa untuk aku ! warghhh ! sedihh nye jalan liku kehidupan aku nih !

nak mengadu dengan bonda , bonda tak boleh berbual macam dulu ... tak boleh nak bagi kata penenang ...

dimana kan ku cari ganti ... serupa dengan mu wahai kasih ! tak sanggup ku berpisah ... tapi apa kan daya ... itu keputusan mu ... dan itu jalan yang kau ambil ...

cik belog boleh carikan aku kawan tak cik belog ? aku sunyi laahhh !

nak tahu tak cik belog , phone aku jarang berbunyi sekarang ... berbunyi bila bank call , office call ... adik beradik aku yang jarang call ... hurmm !

bunyi masej pulak , kalau bukan masej iklan , masej notification muka buku , yahoo masenger ... hurmmm !

jarang jarang masej dari orang yang dengan sengaja nak masej aku ! hurmmm ! masej sekadar nak borak ! hurmmm ! rindu nak dengar hp nih berbunyik masej , aku balas , bunyik lagi , aku balas lagi ... hurmmmm !


i misss u like crazy !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan