:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Isnin, 2 April 2012

Menangis Lagi ? Haruskah ???

Assalamualaikum cik belog !!!

dengan lafaz bimillahirohmanirrohim !!! aku mula kan bicara aku hari ni ... hati aku agak berbunga riang jugaklah hari nih ! tapi tiba tiba bunga bunga riang tuh hilang bila aku dapat satu panggilan tengahari tadi ! hilang semua bunga bunga riang , timbul pula bunga bunga syahdu !

Mak si dia call lagi buat kesekian kalinya ! Allahuakhbar ! rasa sedih ... sayu hati aku nih ! nak bertanya khabar katanya ... Pakcik ( aku panggil abah bila dengan si dia dulu ) bersuara serak serak macam sedih ... mungkin rindukan aku mungkin ...

ehmmm ! lebatnya air mata aku tika ini , sama seperti lebatnya hujan kat luar sana ! hujan lebat !!! mencurah curah ! sObss !!!

sadisnye perasaana aku sekarang nih !

nak tahu tak apa yang mak si dia tanyakan kat aku ?? ------

dia tanya , aku dah kahwin ke ? ------------------------------- > ????

perlu ke aku rasa soalan nih dia tanya aku ? macam tak perlu pulak ! bukan dia tak tahu hati aku nih hanya untuk anak dia seorang ! belum terisi dengan yang lain ! tak ada yang lain mengisi kekosongan hati nih ! ----- > siapalah aku nih , yang layak untuk merasa nikmatnya cinta tuh ? layakkah aku ?? aku rasa aku tak layak langsung ! tak ada sesiapa pun yang sudi ...

sudahnya , aku putuskan untuk tidak jatuh cinta lagi ! padahal , aku baru jek jatuh cinta dengan seseorang ... rasa tak sabar nak tunggu dia online muka buku ! rasa teruja bila dia chat dengan aku ... rasa riang sangat bila dia bagi aku pesanan ringkas !

dan paling asyikknya , bila dia ajak aku pergi kenduri kahwin ... aku rasa tak sabar nak pergi kenduri kahwin hujung minggu nih dengan dia ! tak sabar tahu ! aku tak sabar ! tapi .... aku rasa aku dah tersalah langkah sebab aku dah terjatuh cinta pada yang tak sudi ! hurmmm ! sangat sedih oke ! jadi aku rasa , ada baiknya aku lupakan hasrat aku untuk pergi wedding tuh bersama dia ! aku siksa jiwa aku sebenarnya kalau aku pergi jugak dengan dia ! dan untuk itu jugak , aku sedaya upaya membuang segala rasa tentang dia dalam hati nie ! semua !

AKU TAK LAYAK UNTUK DICINTAI DAN MENCINTAI ! 


NOKTAH !


jawapan aku pada mak si dia , siapalah hawa nih makcik .... bersuara lirih dan sendu !!! dan dia juagk bertanyakan aku samada aku dah ada pengganti ...

jawapannya tetap sama makcik ! hawa tak ada sesiapa ... dalam hati hawa nih kosong ... tak ada sesiapa pun yang sudi nak isi ! ( dengan mak si dia , tidaklah begini jawapan aku ! huhuh ! T_T )


bila aku bercerita dengan mereka mereka yang menjadik kesayangan aku , semua mak si dia nak masuk meminang sebab tanya macam tuh ! macam nak hantar rombongan meminang senyap3 ! macam merisik pun ade ! wahaha ! ( tergelak besar aku !!! ) tapi hati kecik aku nih rasa ... tak mungkin , kemungkinan itu berlaku ! tak mungkin dia nak jilat balik ludah yang dah dia ludah tuh ? dan takkan mungkin dia nak tinggalkan kekasih hati dia tuhh ? ataupun ditinggalkan kekasih hati dia yang konon suka sama suka bagai nak rak tuh ??

owhhh ! sangat aku tak percayakan itu !!! hahhh ! haaahhh !

sekian ... aku tak mengharap apa apa yang berlaku .... sungguh aku rasa tak mungkin aku nak berbaik dengan dia walau aku tersangat rindukan dia ! tak reti aku la weyh ! huhukkk !!

baiklah , sebelum aku mengamok dengan lebih agresif lagi , baiklah aku mengundukan diri dari sini cik belog ! karang , tak memasal ... cik belog pulak yang terasa kena semburan api kemarahan aku nih ! agaga !

baiklahhh ... aku hanya berserah padaMu Ya Allah , segala yang kau tentukan adalah yang terbaik buatku ! sesungguhnya , kaulah yang menentukan segalanya , dan aku hanya mampu merancang ...






p/s : ceritera sedih yang terjadik nih berlaku pada hari rabu 28 Mac 2012 sekitar pukul 12 nak ke pukul 1 tengahari ! maaf kerana menunda tarikh penyiaran atas sebab sebab tertentu ! harap maklum !

p/s/s : karangan (?) nih aku dah taip sejurus selepas kejadian tersebut berlaku keatas diri aku nih ! tapi ... aku tak reti nak mengabiskan ayat yang terakhir tuh ! huhukkk ! maaf cik belog ! ampun dipinta , hamba menyusun 10 jari nih ! T_T

p/s/s/s : akhirnya aku tak dapat jugak melarikan diri pergi kenduri kahwin dengan si dia yang selalu masuk dalam mimpi aku tuh ! agaga ! siap pergi karaoke sesame lagi ! siap bayor hutang cendol lagi ! agaga ! siap jadik udang lagi tunggu aku lama lama ! agaga ! nasib tunggu aku kat petronas ... kalau tunggu kat rumah ?? pengsan aku nak menjawab dengan semua ! huhuuu ! T_T im happy with that memori ! walau sekejap ! hihikkk !





Tiada ulasan:

Catat Ulasan