:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Sabtu, 31 Disember 2011

3 Cerita Yang Buat Aku Nangis !

Assalamualaikum cik belog !

nih aku nak bagi tahu cik belog nih , hari tuh ... adalah satu satu hari yang hari hari terakhir tahun 2011 jugak lah ... aku ada tengok 3 cerita dalam satu hari ... termasuklah filem melayu ... filem hindustan ... dan jugak drama melayu sambung sambung yang kat tv3 tuh !

tak sangka aku boleh menangis tengok cerita tuh tahu ! perghh ! memanglah aku terkenal dengan sifat ciwek dan cengeng nye ! tapi tak sangka pulak aku boleh menangis depan kekanda 3 yang sama sama tengok cerita tuh masa tuh ! ( apa punya ayat laa kan ? keke ! ) perghh ! dasyat lah cerita yang aku tengok tuh ! sedih gila tak hingat lah ! hurrmmm !

cerita pertama yang aku tengok adalah filem ombak rindu ! heheh ! orang lain tengok kat wayang apa semua bagai kan ? aku adalah antara orang orang yang menunggu si peng'upload' kat youtube meng'upload' cerita cerita terbaru kat pawagam kedalam youtube ! hehe ! menjimatkan masa dan wang ! heheh ! lagi pun ... aku nih manalah ada kawan dan masa nak tengok wayang bagai kan ? cian tak kat aku cik belog ?? huk3 !!! tolong lah carikan aku seorang kawan yang boleh teman dan isi kekosongan kesepian hati nih ! heheh !

ok ! oke ! kembali ke topik perbualan asal kita ! kalau aku dah melalut kang 14 muke surat pun tak habis ! hehehe !

wooo ! walaupun aku dah tahu jalan cerita ombak rindu tuh macamana ... tapi aku tetap jugak ternanti nantikan filem tuh ... walau pun aku dah baca novel ombak rindu tuh patblas kali banyaknya ... dan telah menangis teresak esak masa baca novel tuh , aku tetap jugak nak tengok filem tuh ! perghh ! feeling habiss ! banjir office aku nih haa tengok filem tuh ! mule lahh teringat cerita cerita sedih yang dah jadik dalam hidup aku ! ceiittt !!!

okeh , cerita kedua aku tengok drama tentang dhia , cerita tv3 dalam slot akasia kul 6 petang ... aku tengok ending dia ... perghhh ! menangis aku tengok dhia kena fitnah dan kena lalui episod episod sedih dalam hidup dia ! perghh !!! kalau akulah ditempat dhia , aku rasa aku tak sanggup nak hadapi semua fitnah dan tomahan mak mertua aku ! nak melawan sihir yang mak mertua dia hantar untuk hancurkan family dia tuh bukan satu perkara yang mudah ... untuk mereka yang kuat pegangan dan kuat azam dan semangat jek boleh lawan semua tuh ! hurmmm ! nauzubillah min zalik ! semoga aku mendapat bakal mak mertua yang terima aku seadanya ! dan jugak sayang aku ! aminnn ! semoga mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH swt ! aminnnn !

cerita ketiga yang aku tengok sampai aku berjaya menitiskan air mataku yang senang nak mengalir walau dengan hanya tengok pelakon dalam tv menangis jek pun !!! cerita 3 idiot ! filem hindustan yang aku rasa sangat terbaikk lah sepanjang hidup aku yang jarang jarang tengok cerita hindustan ! cerita tuh penuh dengan kasih sayang ! pengajaran erti kehidupan ... ilmu pengetahuan ... kelakar gila nak mampos ! gelak terbahak bahak aku tengok cerita tuh ! sampai masa nak sampai ke ending ... mula lah part sedih sedih muncul ... watak watak yang berjaya membuatkan empangan pahang aku nih pecah ! huk3 ! sedih ending dia ! cinta yang tak direstui ! cinta sejati ! cinta yang setia ! hurmmm ! lagi pulak aku rasa cerita nih banyak pengajaran nya !

hehehe !


okeh la wahai cik belog !

aku nak pulang ! hari nih aku kerja separuh hari jek ! petang mama damia pulak sambong ! hik3 ! bagus tak kami !? pandai dan bijak dan terpaksa jugak beringat ingat ... walau sepandai pandai tupai melompat , akhirnya jatuh jua ketanah ! ya aallah ! semoga semuanya berjalan dengan lancar ...

hehe ! sangat tak helok kan berdoa untuk ketidakbaikkan ...

jangan sampai boss aku tau ye cik beloggg ! hehhe !

daaaa !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan