:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Khamis, 5 Januari 2012

6 Bulan Yang ......

Assalamualaikum !

hari nih aku mulakan hari aku dengan sedih !

mula mula sekali aku bergaduh dengan abah tepat pukul 12 tengah malam , 05 januari !

bila dah selesai gaduh , aku masuk bilik ... nangis tersedu sedu ... dan tiba tiba aku teringat yang hari ini ... genap setengah tahun aku ditinggalkan !!!

gaduh anak beranak ! tak payahlah aku sebutkan pasal ape dan kenapa puncanya ! tapi yang aku nak cakap kat sini , dua duanya salah ! abah dengan ego seorang bapak nye ! aku dengan ego seorang anak remaja ! aku menyesal gadoh dengan abah ! menyesal sangat ! sebab tuh aku menangis !

yaa ! hari nih hari paling malang bagi aku !

rasa macam pelik ! tapi itu la hakikatnya ! hakikat yang aku terpaksa hadap yang aku dah ke-single-lan selama setengah tahun !

selama waktu 6 bulan tuh , aku banyak belajar tentang erti kehidupan sebenar ! aku belajar tentang hukum karma ! aku belajar tentang masa yang berharga bersama keluarga ! aku belajar berdikari ! aku belajar memandu ! aku pujuk diri sendiri untuk menerima kenyataan hidup yang aku dah ditinggalkan seperti sampah ! seperti sehelai kertas yang tak berguna !

tak mudah untuk aku menerima suratan takdir ini ! tak mudah ! selepas segalanya terancang dan berharap punya kehidupan yang sempurna bersama si dia !

tipu kalau aku kata , perasaan sayang dan rindu tuh dah tak ada untuk dia !

perasaan tuh masih ada ! malah masih utuh dan tebal ! menggebu lagi dalam hati nih ! aku tak akan semudah tuh nak buang segala kenangan aku dengan si dia ! enam tahun aku habiskan masa aku dengan si dia ! aku tak kenal orang lain lagi dah selain dia ! tak pandang orang lain pun selama aku dengan si dia ! tak semudah tuh aku nak buang perasaan sayang dan cinta aku kat dia ! rindu aku pada dia tetap menggunung !

pelik ke aku nih ??

masih mengharap pada dia yang melukakan ... menghancurkan ... dia yang membunuh perasaan aku !

aku bukan mengharap kembalinya dia pada aku !

tapi aku bukan mereka mereka yang mudah melupakan ! aku memelihara cinta aku yang satu ini ... hanya satu hati yang aku ada ! hati aku cuma buat dia yang aku cinta !

tapi bila cinta aku dikhianati , cinta aku mati ... hati aku terbunuh ... dan bila aku tersedar semuanya ... aku hidupkan kembali hati aku yang telah mati ... aku beri nyawa pada cinta aku ! aku pupuk rasa kasih sayang supaya tak hilang ditelan masa ... selama mana aku masih belum ada pengganti ... selagi itu hati aku untuk dia !

semoga rasa cinta itu tak akan padam ... biar bernyawa hingga akhirnya !

pada masa yang sama , aku taku untuk jatuh cinta lagi ! walaupun hakikatnya hati aku berasa sunyi ... jiwa aku sepi ...aku takut ... aku takut aku tak dapat memberikan hati aku seikhlasnya pada cinta baru aku ! aku takut aku terima cinta baru semata untuk mengisi jiwa yang sepi ... hati yang sunyi ...

aku takut cinta aku tak lahir dari keikhlasan dan nampak dibuat buat ... tak semula jadi lahir dari hati !

ya Allah ! peliharalah hambamu ini dari onak dan ranjau berduri kehidupan ... semoga aku tabah menempuh hari hari yang mendatang ! dan semoga hari hari yang mendatang itu membawa kekuatan untuk aku !

yaa Allah ! semoga kau ketemukan muslimin yang kau rahmati ... muslimin yang telah kau tetapkan untuk aku .... muslimin yang boleh membimbing aku kejalan mu ya Allah !

ya Allah kau ampunkan lah dosa kedua ibu bapaku ! kau ampunkan lah segala dosa ku ! kau ampunkanlah dosa saudaraku ! kau ampunkan lah dosa umat umat islam yang lain ! sesungguh nya aku manusia yang tak lari dari membuat kesilapan dan aku juga telah berbuat banyak dosa ... aku mohon hidayahmu !


aminnnn !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan