:: pesanan dari pihak penaja ! ::

Sabtu, 19 November 2011

Ucapan Terima Kasih Pada Kesayangan Saya !

Assalamualaikum !!!

dalam entry aku kali nih , hari ini ... aku cuma nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan kerja aku dalam kawasan Kuala Selangor nih ! yang sangat aku sayang ! yang sangat menyenangkan aku ! dan sangat-sangat faham keadaan aku ... bila aku senang ... bila aku susah !

bukan nak kata , bila ada sesuatu yang diaorang buat yang macam best-best tuh , aku dah mulalah nak buat entry terima kasih ke hape !

tapi memang dorang nih sangat baik hati dan menyenangkan aku ! diorang nih dah macam kakak dan adik aku ! aku yang paling macam 'adik-adik' pada dorang ! ( aku rasalah ! ) ... sebab aku rasa aku yang paling banyak main ! aku yang paling kuat touching ! hahah ! aku yang paling tak matang ... aku yang paling kuat gelak tak hengat dunia ! aku yang paling slow ! aku yang paling ke anak-anakkan ! aku jugak la yang selalu terkinja-kinja dan terjili-jili , dan aku jugak yang selalu tak boleh terima kritikan ! ( hehe ! aku mengaku dan sedar ... walaupun sedar tapi tanpa sedar jugak-jugak ! cemana tuh ? hehhee ! )

dorang ada bila masa aku susah dan senang ! bila aku ada masalah , pada dorang lah yang aku akan cari ... bila rasa hati gembira , pada dioranglah yang aku khabarkan dulu ! -- serius ! rasa nak menitik air mata saat nih ! --

bila kasih aku putus ditengah jalan ... pada merekalah aku tumpahkan air mata ... walaupun hanya dalam talifon dan dialam maya ! sedih ! memang sedih ! bila kesusahan dan kesenangan dikongsi bersama !

hahaha ! entry touching-touching ke hari nih cik aiyOo ?? hOhOo !!!

yeee ! serius ! aku tersangat bahagia bila ada bersama dorang dan teramat berterima kasih dipertemukan aku dengan mereka-mereka nih !

ya ALLAH , semoga persahatan ini kekal hingga hujung nafas ku ! semoga persahabatan ini tidak terhenti bila salah seorang dari kami berhenti dari perkerjaan ini ... sesungguhnya persahabatan ini sungguh bermakna buatku ! kau periharalah persahabatan ini dan kau redailah persahabatan ini ya ALLAH !!!

terima kasih tak terhingga sebab buat kejutan , buat makan-makan sempena ulang tahun kelahiran aku ! huhuh ! walaupun dah telat beberapa hari ! huhuh !

sangat-sangat menghargainya ! =)

terima kasih berbilon-bilon lemonnnn !!!

sayang kau orang besar bumi !! muahhhhxxxxxxxx !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan